Reds cemas, Owls kejutkan Magpies

Reds cemas, Owls kejutkan Magpies

LONDON, 24 Sept (AFP) – Liverpool terselamat daripada diaibkan dalam saingan Piala Liga Inggeris kepada kelab divisyen keempat, Carlisle United selepas menang penalti, manakala Sheffield Wednesday mengejutkan Newcastle United pada pusingan ketiga, semalam.

Carlisle, pasukan paling bawah dalam persaingan mengheret Liverpool ke penentuan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 selepas tamat masa tambahan.

Sebelum itu, Liverpool yang bermula garang mendahului menerusi jaringan Danny Ings pada minit ke-23 sebelum Derek Asamoah menyamakan kedudukan 10 minit kemudian.

Tendangan penalti Adam Lallana dan Philippe Coutinho menyaksikan penjaga gol Carlisle, Mark Gillespie berjaya menepis keluar namun penjaga gol simpanan Liverpool, Adam Bogdan menyelamatkan tendangan penyerang Perancis, Bastien Hery bagi membolehkan Liverpool menang 3-2.

Penjaga gol Liverpool, Adam Bogdan (kanan) berjaya menyelamatkan sepakan penalti Luke Joyce pada perlawanan Piala Liga di Anfield, semalam. – Reuters
Penjaga gol Liverpool, Adam Bogdan (kanan) berjaya menyelamatkan sepakan penalti Luke Joyce pada perlawanan Piala Liga di Anfield, semalam. – Reuters

Liverpool bersama Chelsea, Arsenal, Manchester United dan Manchester City melangkah ke pusingan keempat dan akan bertemu Bournemouth selepas ini.

Sementara itu, Anthony Martial sekali lagi memberi keselesaan kepada Manchester United untuk menang 3-0 ke atas Ipswich Town di Old Trafford.

Ia adalah gol keempat dalam tiga perlawanan bagi penyerang Perancis itu sejak berpindah ke United.

Dua lagi gol Unied menerusi Wayne Rooney dan penyerang berusia 19 tahun dari Brazil, Andreas Pereira.

Skuad bimbingan Louis van Gaal akan bertemu pasukan divisyen kedua, Middlesbrough pada pusingan keempat nanti.

ARTIKEL YANG SAMA