Reds diaibkan di laman sendiri

Reds diaibkan di laman sendiri

LIVERPOOL, 30 Ogos (AFP) – West Ham menghadiahkan kekalahan pertama kepada Liverpool dalam musim baru Liga Perdana dengan kemenangan 3-0 semalam, sekali gus menamatkan penantian 52 tahun kelab dari timur London itu untuk melakarkan kejayaan di Anfield.

Jaringan Manuel Lanzini dan Mark Boble membolehkan pasukan Slaven Bilic menguasai perlawanan di mana mereka belum pernah merasakan kejayaan sejak kemenangan 2-1 pada September 1963 sebelum rembatan Diafra Skaho melengkapkan kemenangan.

Penyingkiran midfield Liverpool, Philippe Coutinho awal separuh masa kedua menyaksikan tuan rumah berdepan kesukaran walaupun penyingkiran Noble mengimbangi kedua-dua pasukan pada 11 minit terakhir.

Dua jaringan separuh masa pertama yang dihasilkan dalam setengah jam perlawanan berpunca daripada pertahanan Liverpool yang hambar, kedudukan yang diperbetulkan jurulatih The Reds Brendan Rodgers kepada pasukannya setelah tidak bolos dalam tiga perlawanan liga.

Jurulatih West Ham, Slaven Bilic meraikan kemenangan selepas pasukannya menewaskan Liverpool semalam. – AFP
Jurulatih West Ham, Slaven Bilic meraikan kemenangan selepas pasukannya menewaskan Liverpool semalam. – AFP

Pertahanan tengah Martin Skrtel dan Dejan Lovren berkongsi tanggungjawab bagi dua jaringan. Selepas hanya tiga minit tandukan Skrtel bagi menyelamatkan kedudukan tidak tepat dan tidak bertenaga, sepakan keluar Dimtri Payet tepat kepada Aaron Creswell, yang dengan bijak menghantar bola kepada Lanzini untuk penyudah dari jarak enam ela luar kotak penalti.

Keadaan semakin teruk pada minit ke-29 selepas Lovren berusaha membawa bola berhampiran sudut kanan padang tetapi menghantarnya kepada Lanzini, yang meluru ke garisan dan memberikan hantaran lintang kepada Noble untuk menjaringkan gol selepas Nathaniel Clyne untuk menghalang.

Liverpool memberikan respons kepada jaringan pembukaan dengan yakin tetapi agak tumpul apabila berada di dalam kotak penalti Hammers.

Coutinho melakukan sepakan liar, Roberto Firmino bergerak dengan baik di luar kawasan untuk memberikan ruang bagi rembatan jarak 20 ela yang hanya menggegarkan tiang gol Hammers dan Christian Benteke jatuh dari kontek pertahanan dan merayu bagi mendapatkan sepakan penalti.

ARTIKEL YANG SAMA