Reds impi kejayaan di Liga Europa

Reds impi kejayaan di Liga Europa

BERLIN, 4 Nov (dpa) – Liverpool berharap kemenangan Liga Perdana pertama mereka di bawah pengurus baru Juergen Klopp, 3-1 di Chelsea, akan menjurus mereka kepada kemenangan pertama Liga Europa mereka, begitu juga esok di Rubin Kazan.

Kejayaan the Reds pada Sabtu lalu di Stamford Bridge hadir selepas dua keputusan seri dalam beberapa perlawanan liga pertama kendalian Klopp sejak menggantikan Brendan Rodgers pada bulan lalu.

Perlawanan pertama Klopp di benua itu juga seri 1-1, di Anfield bersama Kazan, tetapi terdapat keyakinan bahawa permainan Chelsea sekarang akan menjadikan mereka bersedia bagi mata penuh di Eropah.

“Saya berharap kami boleh menghasilkan persembahan menarik sekali lagi dan memenanginya,” bintang penjaring dua gol, Philippe Coutinho memberitahu laman sesawang kelab itu.

“Kami tahu tugasan baru bermula dan kami perlu meningkatkannya, tetapi saya rasa kami berada di kedudukan yang tepat. Sudah tentu, kami beraksi tanpa sebarang kemenangan, dan semua orang fokus untuk menang, yang mana penting bagi kami.

Gambar fail bertarikh 31 Okober 2015 menunjukkan Juergen Klopp (dua dari kanan) ketika meraikan kejayaan pasukan itu menumpaskan Chelsea bersama-sama para pemain bimbingannya di Stadium Stamford Bridge di London. – Agensi
Gambar fail bertarikh 31 Okober 2015 menunjukkan Juergen Klopp (dua dari kanan) ketika meraikan kejayaan pasukan itu menumpaskan Chelsea bersama-sama para pemain bimbingannya di Stadium Stamford Bridge di London. – Agensi

“Tiga mata dan menentang pasukan lawan itu, ia memberikan peningkatan kepada keyakinan kami dan saya berharap kami boleh focus dalam setiap perlawanan dan berjaya.”

Liverpool berada di tangga kedua dalam Kumpulan B dengan tiga mata dengan tiga keputusan seri 1-1, sementara Kazan di tangga ketiga dengan dua mata.

Pasukan dari Switzerland, Sion mendahului dengan tujuh mata dan boleh menjadi salah satu dari sembilan pasukan untuk berada dalam pusingan kalah mati esok, dengan mereka menewaskan pasukan tercorot Girondins Bordeuax (Dua).

Molde (Kumpulan A), Napoli, Midtjylland (D), Rapid Vienna (E), Braga (F), Lok Moscow (H), Schalke (K), dan bekas kelab kendalian Klopp Borussia Dortmund ( C ) juga boleh mara ke pusingan 32 terakhir.

Klopp mengetuai Dortmund kepada dua gelaran Bundesliga dan mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada 2013 dan sekarang berharap bagi lebih banyak kejayaan di Liverpool yang mana pemain-pemainnya memuji pengurus tetapi mengekalkan kaki mereka selepas kemenangan besar hujung minggu.

“Ia adalah langkah ke arah yang tepat tetapi ia penting kami tidak terbawa-bawa. Ia hanyalah satu kemenangan, kami belum berada di sana,”, Adam Lallana memberitahu Liverpool Echo.