Reds kurang kepercayaan diri – Kloop

Reds kurang kepercayaan diri – Kloop

LONDON, 26 Okt (Reuters) – Juergen Klopp berkata pasukan Liverpool kekurangan kepercayaan diri selepas mereka terikat seri 1-1 di laman sendiri ketika menentang Southampton dalam persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam, yang menyaksikan jurulatih dari Jerman itu tanpa sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan yang dikendalikannya.

Tandukan minit ke-77 menerusi Christian Benteke dilihat memberikan Liverpool kemenangan, tetapi Sadio Mane menyamakan kedudukan bagi pasukan pelawat untuk mengecewakan peminat di Anfield.

Ketibaan Klopp, berikutan pemecatan Brendan Rodgers, disambut dengan jangkaan hebat tetapi tiga keputusan seri berturut-turut bertindak sebagai pemeriksaan sebenar.

“Masih terdapat baki 10 minit perlawanan apabila Southampton menyamakan kedudukan,” Klopp memberitahu wartawan. “Kami tidak berputus asa, ia bukan kami menghentikan permainan kami secara fizikal tetapi kami tidak percaya lagi bahawa kami menukar perlawanan.

“Ia adalah masalahnya, sebab itu kami tidak cukup tenang apabila kami berpeluang, hantaran terakhir dan seterusnya.

Jurgen Klopp (kanan) menyuntik semangat kepada pemain midfield Liverpool, Jordon Ibe sebelum pemain itu bertindak sebagai pemain gantian perlawanan EPL menentang Southampton di Stadium Anfield di Liverpool, barat laut England pada 25 Oktober 2015. – AFP
Jurgen Klopp (kanan) menyuntik semangat kepada pemain midfield Liverpool, Jordon Ibe sebelum pemain itu bertindak sebagai pemain gantian perlawanan EPL menentang Southampton di Stadium Anfield di Liverpool, barat laut England pada 25 Oktober 2015. – AFP

“Saya tidak faham tekanan ini pada ketika itu, tetapi para pemain merasakannya. Anda boleh melihatnya. Mereka bekerja keras, mereka penuh dengan konsentrasi, bersedia, bersemangat, segalanya ada di sana.

“Kami bolos satu jaringan dan ia seperti berakhirnya dunia- -ia bukanlah penamat segalanya. Ia hanyalah satu jaringan, anda selalu bangkit dan itu yang kami faham.”

Ketiadaan Daniel Sturridge kerana cedera, Klopp bertukar kepada penandatanganan yang mahal, Benteke pada separuh masa pertama, dan pemain antarabangsa Belgium itu memberikan respons untuk menanduk masuk hantaran lintang James Milner.

Tetapi dengan penonton bersedia meraikannya, Mane menjaringkan gol penyamaan.

Pemain antarabangsa Senegal itu menjejaskan harinya apabila diarah meninggalkan padang kerana menerima layangan kad kuning kedua tetapi pasukannya terus bertahan untuk kekal di atas Liverpool di kedudukan ke lapan.

“Kami boleh meneruskan dengan keputusan ini,” kata Klopp. “Kami boleh memperbaiki persembahan pasukan. Jika saya duduk di sini dan perlu berkata “mereka belum bersedia untuk bersaing”, jadi ia adalah berita buruk. Tetapi semua orang melihat mereka sudah bersedia.”

Pengurus pasukan Southampton, Ronald Koeman berkata pasukannya layak mendapatkan mata mereka.

“Ia bukanlah persembahan terbaik kami tetapi kami memiliki reaksi yang bagus selepas ketinggalan jaringan dari Christian Benteke,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA