Reds menang tipis, tewaskan Swansea City 1-0

Reds menang tipis, tewaskan Swansea City 1-0

LONDON, 30 Nov (AFP) – Jaringan James Milner menerusi sepakan penalti pada babak kedua perlawanan ketika bertemu Swansea City memberi kemenangan 1-0 di Anfield pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam.

Milner menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-62 sekali gus memberi kemenangan pertama Liverpool di Anfield dalam aksi EPL sejak 26 September lalu.

Malah ia juga menjadi kemenangan pertama Jurgen Klopp dalam aksi liga perdana di laman sendiri selaku pengurus baharu The Reds sejak mengambil alih tugas itu daripada Brendan Rodgers pada 8 Oktober lalu.

“Suasana berangin membuat corak permainan sentiasa berubah dan menyukarkan kedua-dua pasukan.

“Angin adalah ‘musuh terbesar’ dalam bola sepak, tetapi kami dapat melaluinya dengan baik.

Pemain Liverpool, James Milner menjaringkan gol melalui ledakan penalti pada perlawanan menentang Swansea di Stadium Anfield, Liverpool, England, pada 29 November 2015. – Agensi
Pemain Liverpool, James Milner menjaringkan gol melalui ledakan penalti pada perlawanan menentang Swansea di Stadium Anfield, Liverpool, England, pada 29 November 2015. – Agensi

“Kebiasaannya pemain-pemain lebih mudah ketika melakukan hantaran, namun sebaliknya berlaku.

“Bagaimanapun kami dapat mengatasi pihak lawan yang mempamerkan permainan lebih teratur,” jelas Klopp.

Menurut Klopp, permainan kali ini lebih meyakinkan dengan kembalinya kapten pasukan Jordan Henderson yang berehat panjang sejak Ogos lalu kerana kecederaan, serta Danial Sturridge yang membuat penampilan pertama selepas 4 Oktober lalu.

“Berita baik untuk keluarga besar Liverpool. Dua pemain penting sudah kembali selepas berehat panjang,” jelasnya.

ARTIKEL YANG SAMA