Reds perlu pemain baru

Reds perlu pemain baru

LONDON, 6 Jan (AFP) – Jurgen Klopp menyatakan dia mungkin perlu memasuki pasaran perpindahan untuk membeli jentera pertahanan ketika krisis kecederaan terus meningkat di Liverpool.

Klopp menghadapi prospek pemain pertahanan yang tidak cergas bagi persaingan pusingan ketiga Piala FA untuk kunjungan ke Exeter. Dejan Lovren mengalami kecederaan ketika kemenangan perlawanan pertama 1-0 separuh akhir Piala Liga di Stoke selepas semalam mengalami kecederaan hamstring.

Martin Skrtel sudah direhatkan sehingga Februari dengan kecederaan yang sama, sementara Mamadou Sakho pula tidak beraksi di Stadium Britannia akibat masalah lutut.

Kolo Toure, yang menggantikan Sakho menentang Stoke, mengalami kekejangan pada akhir perlawanan, dan Klopp tidak pasti jika dia akan cergas bagi perlawanan Jumaat ini. Dan pemain remaja Joe Gomez mengalami kecederaan ligamen lutut yang serius Oktober lalu.

Pengurus Liverpool itu berkata: “Pada ketika ini tiada pemain pertahanan yang cergas. Ini adalah keadaan di mana kami perlu memikirkan untuk berada dalam pasaran perpindahan.

“Dua minggu lalu kami mempunyai tiga pemain pertahanan. Ia adalah kedudukan yang bagus. Pada awal musim, kami ada lima. Kami tidak tahu mengenainya.”

Liverpool mengalami masalah kecederaan seterusnya di Stadium Britannia ketika pemain utama, Philippe Coutinho mengalami kecederaan hamstring pada separuh masa pertama.

Klopp sekarang mempunyai 11 ahli skuad kanan yang tidak dapat beraksi menyaksikan mereka mengalami 24 kecederaan berasingan sejak beliau mengambil alih di Anfield pada Oktober.