Reebok CrossFit 673 menyerlah di Manila

Reebok CrossFit 673 menyerlah di Manila

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Okt – Sebanyak 24 pasukan dari seluruh rantau ini berkumpul di ‘The Tent’ di Bonifacio Global City, Manila, pada hujung minggu lepas untuk bertanding dalam salah satu acara CrossFit yang paling mencabar.

Dalam Edisi Berpasukan Throwdown 2015 ini, pasukan negara, Reebok CrossFit 673 (RC673) berjaya menaiki podium apabila mereka meraih tempat ketiga dalam acara berlangsung sehari tersebut.

RC673 diwakili oleh jurulatih mereka, Michael Mogard, Nadzri Harif dan Melanie Lim, wajah-wajah yang dikenali peringkat antarabangsa dalam acara antarabangsa.

Pasukan yang merangkumi dua lelaki dan seorang wanita itu berjaya menyelesaikan lima tugasan, yang direka bentuk untuk menguji semua berkaitan kesihatan, kekuatan dan juga semangat berpasukan.

Kapten pasukan, Nadzri Harif menyatakan, “pertandingan ini adalah suatu pengalaman yang luar biasa. Sebanyak 24 pasukan terpaksa melalui pusingan kelayakan sebelum acara bermula, yang bermakna sebahagian pasukan teratas di rantau ini perlu melaksanakannya.

Anggota pasukan Reebok CrossFit 673 (kanan) ketika bergambar di atas podium setelah berjaya meraih tempat ketiga Edisi Berpasukan Throwdown 2015 yang berlangsung di Manila, Filipina.
Anggota pasukan Reebok CrossFit 673 (kanan) ketika bergambar di atas podium setelah berjaya meraih tempat ketiga Edisi Berpasukan Throwdown 2015 yang berlangsung di Manila, Filipina.

“Kami juga mengakui bahawa walau setakat mana pun tahap persediaannya, namun apa pun boleh berlaku pada hari pertandingan,” jelas jurulatih berusia 28 tahun itu.

Beliau turut menyatakan “Kami cuba melakukan yang terbaik menurut rancangan dan syukur semuanya dapat dilaksanakan dengan lancar.”

Pasukan RCF673 meraih dua kedudukan tempat kedua serta mempunyai penyudah terendah dalam empat acar, dengan menduduki tempat ke-8.

Manila Throwdown adalah acara tahunan dan tahun ini disertai oleh para atlet termasuk dari Malaysia, Guam, China dan Singapura.

Brunei Darussalam diwakili dengan pasukan yang baik sekali di Filipina, yang menyaksikan dua pasukan lain dari negara ini turut mempamerkan prestasi memberangsangkan; Team Sexy Bananas – satu kombinasi para atlet daripada Hybrid Movement dan X45 (Malaysia) yang menduduki tempat ke-7, dan Habanero Unicorn dari GFCF serta Hybrid Movement membuat penyudah di tempat ke-13.

CrossFit adalah salah satu program kesihatan yang sedang berkembang maju di dunia.

Reebok CrossFit 673 mempunyai tiga cawangan di seluruh Negara dengan pembukaan yang paling terbaru di Kuala Belait.

ARTIKEL YANG SAMA