Referendum Britain bermula

Referendum Britain bermula

LONDON, 23 Jun (AFP) – Berjuta-juta rakyat Britain mula mengundi hari ini dalam referendum yang diperjuangkan dalam kegentingan yang boleh menjejaskan keanggotaan EU negara pulau itu dan mencetuskan kecemasan terbesar dalam sejarah 60 tahun gabungan tersebut.

Seramai 46.5 juta pengundi adalah pengundi berdaftar untuk menentukan masa depan Britain dalam EU yang mempunyai 28 keanggotaan, yang lahir daripada keazaman untuk bersatu dalam perdamaian berpanjangan selepas pembunuhan beramai-ramai dalam dua perang dunia.

Di seluruh kebanyakan tenggara England, ramai pengundi mengharungi hujan lebat dan ribut petir, yang mengakibatkan banjir di beberapa jalan raya London, untuk sampai ke stesen mengundi.

Referendum sekali dalam satu generasi ini mengajukan pertanyaan, “Patutkah United Kingdom terus menjadi anggota EU atau keluar dari EU?

Dalam salah satu tinjauan pendapat terakhir sebelum pengundian, “Kekal” masih mendahului dengan 48 peratus, terutamanya mendahului “Keluar” yang meraih 42 peratus. Yang lain masih teragak-agak, menurut tinjauan melalui telefon oleh ComRes bagi Daily Mails dan ITV News.

Warga Britain yang sudah membuang undi untuk referendum EU meninggal pusat membuang undi yang didirikan di sebuah garaj di Croydon, selatan London semalam. – AFP
Warga Britain yang sudah membuang undi untuk referendum EU meninggal pusat membuang undi yang didirikan di sebuah garaj di Croydon, selatan London semalam. – AFP

Dua lagi tinjauan pendapat yang disiarkan sebelum referendum – kedua-duanya dilaksanakan melalui Internet – telah meletakkan kumpulan”Keluar’ mendahului dengan satu atau dua mata peratusan, dalam margin kesilapan.

Pasaran kewangan dunia mengharapkan kemenangan “Kekal”. Dalam dagangan Tokyo, sterling mencecah AS$1.4844 – tahap tertinggi setakat ini tahun ini.

Institusi kewangan mengukuhkan pasukan dagangannya untuk menangani prospek perdagangan tergopoh-gopoh sepanjang hari dan bank-bank pusat utama dunia mengatakan mereka bersedia memberi reaksi kepada sebarang kemungkinan.

Tanpa tinjauan ke atas pengundi selepas mereka membuang undi, keputusan tidak mungkin mula muncul sebelum 3 pagi esok.

Dengan menggunakan hashtag #ivoted, sebilangan orang mula menghantar gambar-gambar melalui telefon bimbit ke Twitter yang memaparkan mereka mengisi kertas undi. Pihak berkuasa pengundian telah meminta para pengundi bertahan daripada mengambil selfie.

ARTIKEL YANG SAMA