Referendum cari gali Itali gagal dapat undian

Referendum cari gali Itali gagal dapat undian

ROME, 18 April (AFP) – Konsesi referendum Itali yang secara dekat diikuti, mengenai cari gali minyak dan gas, telah gagal mencapai nilai ambang jumlah pengundi yang diperlukan semalam, dan itu adalah satu kemenangan bagi Perdana Menteri Matteo Renzi yang telah menggesa para pengundi supaya tidak keluar rumah.

Melibatkan persaingan pencinta alam sekitar dan kerajaan serta industri, referendum itu dilihat sebagai cabaran penting bagi parti Renzi, parti Demokratik berhaluan sederhana (PD) selepas dua tahun beliau memegang jawatannya ketika beliau mengusahakan siri-siri reformasi politik dan pro perniagaan.

Kira-kira 90 minit selepas pengundian ditutup pada pukul 11:00 malam, kementerian dalam negeri berkata bilangan yang hampir selesai menunjukkan bilangan pengundi pada kira-kira 32 peratus. Di bawah undang-undang referendum Itali, referendum hanya sah jika lebih 50 peratus dari hampir 47 juta pengundi berdaftar di negara itu membuang undi mereka.

Keputusan itu akan dinikmati oleh Renzi yang secara terbuka menyeru rakyat Itali supaya menjauhi pengundian itu dengan harapan untuk membenamkan referendum itu, satu pendirian yang mengecewakan pihak penentang dan menambah lagi pertikaian dalam kem beliau sendiri.

Gambar fail bertarikh 31 Mac 2016 menunjukkan Matteo Renzi bercakap di Universiti Harvard, Pusat Pengajian Eropah di Cambridge. – AP
Gambar fail bertarikh 31 Mac 2016 menunjukkan Matteo Renzi bercakap di Universiti Harvard, Pusat Pengajian Eropah di Cambridge. – AP

ARTIKEL YANG SAMA