Referendum EU rentas halangan pertama

Referendum EU rentas halangan pertama

LONDON, 10 Jun – Perundangan yang member laluan bagi referendum Britain untuk keluar dari pakatan Kesatuan Eropah (EU) merentasi halangan pertama di parlimen semalam tatkala perbezaan pendapat mengenai beberapa isu dalam lingkungan parti pimpinan Perdana Menteri David Cameron dapat diselesaikan.

Dewan Rakyat menyokong Rang Undang-undang Referendum Kesatuan Eropah seperti yang dijangka melalui 544 undi menyokong berbanding 53 tetapi langkah itu kini perlu pula melalui beberepa perbahasan Parlimen dan undian sebelum ia menjadi undang-undang.

Undian menyokong itu dibuat sehari selepas pelbagai ulasan oleh Cameron mencetuskan pertikaian mengenai sama ada para menteri dalam kerajaannya perlu meletak jawatan jika mereka tidak berkempen bagi Britain untuk terus kekal dalam Eropah.

Membuka perbahasan itu, Setiausaha Luar Philip Hammond berkata ramai warga Britain merasakan “EU sudah merasakan seperti sesuatu yang dilakukan pada mereka, bukan untuk mereka.”

ARTIKEL YANG SAMA