Reformasi FIFA bakal muncul – Carrard

Reformasi FIFA bakal muncul – Carrard

NEW YORK, 4 Nov (Agensi) – Pengerusi suruhanjaya reformasi FIFA berkata dia percaya ketua-ketua bola sepak dilihat lebih berusaha melaksanakan perubahan sebenar kali ini kerana tekanan berpunca daripada masalah perundangan pertubuhan badan induk bola sepak dunia itu.

Reformasi yang dijanjikan empat tahun lalu ketika krisis rasuah sebelumnya adalah di luar dari jangkaan. Tetapi seperti yang dijelaskan Francois Carrard semalam: “Pada 2011, sarapan anda tidak akan terganggu oleh polis.”

Pada Mei lalu, pihak berkuasa Switzerland menyerbu hotel mewah FIFA di Zurich selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendakwa 14 orang atas dakwaan rasuah. Carrard dipilih oleh FIFA pada Ogos lalu untuk mengetuai suruhanjaya reformasi.

Dia membantu menyelia pembersihan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa sebagai ketua pengarah selepas skandal bidaan Salt Lake City.

Carrard berkata selepas bercakap pada persidangan Securing Sport di Manhattan semalam di mana dia dijangka akan bertemu dengan semua calon-calon presiden FIFA.

Francois Carrard ketika berucap sempena persidangan Securing Sport 2015 di Pusat Antarabangsa Keselamatan Sukan (ICSS) di New York. – Reuters
Francois Carrard ketika berucap sempena persidangan Securing Sport 2015 di Pusat Antarabangsa Keselamatan Sukan (ICSS) di New York. – Reuters

Suruhanjaya reformasi mengumumkan beberapa cadangan pada bulan lalu, termasuk masa had 12 tahun bagi presiden FIFA dan had usia 74 tahun bagi presiden dan eksekutif. Carrard berkata ahli kumpulan masih lagi membincangkan bagaimana terma akan dipecahkan dan sama ada untuk memualkan had-had tersebut bagi eksekutif.

Kebimbangan adalah mengenai perkara-perkara kecil di mana ketua yang matang akan menjadi eksekutif FIFA pada usia muda.

“Selepas 12 tahun, dia perlu keluar dan anda mungkin tidak mempunyai seseorang di belakang. Ia bodoh,” kata Carrard. “Dalam keadaan lain, di negara lebih besar, ia lebih mudah. Kami masih untuk mencari dan menghalusi penyelesaian itu.”

Carrard berkata dia menjangka keputusan akhir mengenai topik untuk dibuat dalam tempoh dua minggu. Sebarang perubahan akan perlu diluluskan oleh kesemua 209 ahli FIFA pada kongres 26 Februari di Zurich.

Salah satu dari tujuh lelaki dalam perebutan untuk menggantikan Sepp Blatter sebagai presiden FIFA, Tokyo Sexwale, bercakap pada sidang media semalam.

Taikun perlombongan dari Afrika Selatan adalah pegawai FIFA di antara badan-badan bola sepak Israel dan Palestin. Sexwale adalah aktivis era aparteid yang dipenjarakan bersama-sama Nelson Mandela di Pulau Robben.

Dia tidak memberikan keadaan tertentu mengenai bidaan presidennya tetapi menyatakan bahawa FIFA memerlukan kepemimpinan dari sebahagian besar dunia.