Reformasi tentera berisiko, sukar

Reformasi tentera berisiko, sukar

BEIJING, 4 Sept (Reuters) – Pembaharuan tentera China adalah sukar dan berisiko kerana mereka memerlukan perubahan asas dalam pemikiran dan mungkin menjejaskan kumpulan kepentingan khas, kata kertas angkatan bersenjata pada hari ini ekoran pengumuman pengurangan 300,000 tentera.

Presiden Xi Jinping mengumumkan berita pengurangan dalam jumlah angkatan bersenjata semalam, pada satu perarakan tentera bersempena berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Kementerian Pertahanan berkata pengurangan, sebahagian daripada pembaharuan lebih luas untuk mempertingkat keprofesionalan tentera, akan selesai pada tahun 2017.

Akhbar Tentera Pembebasan Rakyat berkata dalam satu komentar kejayaan pembaharuan akan menentukan masa depan cita-cita China untuk memperkukuh tenteranya.

“Kesukaran yang bakal dihadapi tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata akhbar.

Cara pemikiran lama telah “berurat-berakar” dan “adalah amat sukar untuk menghapusnya daripada kepala orang,” katanya.

Pembaharuan juga meninggalkan kesan pada kumpulan kepentingan tertentu, tanpa berkata kumpulan yang mana satu.

“Pastinya wujud pemahaman berlainan mengenai makna pembaharuan, dan ia mungkin menimbulkan risiko,” kata akhbar. Ia tidak memberikan penjelasan lanjut.

Tentera telahpun dikejutkan dengan beberapa skandal rasuah peringkat tinggi, sebagai sebahagian daripada kempen Xi, untuk membanteras rasuah, tatkala beliau berusaha menjadikan tentera satu kuasa penggempur yang efektif.

ARTIKEL YANG SAMA