Regata Batang Kayan bakal jadi acara tahunan

Regata Batang Kayan bakal jadi acara tahunan

LUNDU, 18 Okt – Regata Batang Kayan Lundu akan dijadikan acara tahunan, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata acara itu yang diadakan sempena Festival Lundu akan diwarta dalam kalendar pelancongan tahunan negeri berikutan sambutan menggalakkan daripada rakyat.

Beliau menutup Regata Batang Kayan 2015 di sini hari ini. Regata dianjurkan Yayasan Sarawak bersama Pejabat Daerah Lundu yang dihadiri ribuan orang termasuk bekas Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah serta isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah Anu. – Bernama