Regata Brunei 2016 ditunda ke 21 Ogos

Regata Brunei 2016 ditunda ke 21 Ogos

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri memaklumkan bahawa Regata Brunei Darussalam 2016 yang dijadualkan diadakan pada 11 Zulkaedah 1437H / 14 Ogos 2016 di perairan Sungai Brunei berhadapan dengan Dermaga Diraja, di sini, akan ditunda seminggu.

Sehubungan itu, acara bersempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 tahun itu akan diadakan pada 18 Zulkaedah 1437 / 21 Ogos 2016 di tempat yang sama.

ARTIKEL YANG SAMA