Regata Brunei Darussalam 2016 kembali lagi

Regata Brunei Darussalam 2016 kembali lagi

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Regata Brunei Darussalam 2016 akan berlangsung pada Ahad, 14 Ogos ini di Perairan Sungai Brunei, Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan.

Regata tersebut diadakan bersempena sambutan perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 tahun dan dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Sehubungan itu, Majlis Penyerahan Piala Pusingan Regata Brunei Darussalam 2016 kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia diadakan di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, hari ini.

Haji Abdul Kadir menyerahkan Piala Pusingan Kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Yang Berhormat Pehin, kelmarin.
Haji Abdul Kadir menyerahkan Piala Pusingan Kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Yang Berhormat Pehin, kelmarin.

Majlis menyaksikan Haji Abdul Kadir bin Haji Bayan, wakil daripada Pasukan Putera Kuala Lawas iaitu Juara Regata Brunei Darussalam 2015 menyerahkan Piala Pusingan Kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Tertinggi Regata Brunei Darussalam 2016.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abd Salam, selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Regata Brunei Darussalam 2016.Persediaan bagi acara tersebut giat dijalankan manakala raptai penuh Regata Brunei Darussalam 2016 akan diadakan pada 10 Ogos ini.

ARTIKEL YANG SAMA