Reggae Boyz benam El Salvador

Reggae Boyz benam El Salvador

TORONTO, Kanada, 15 Julai – Jaringan separuh masa kedua pemain sayap Reading, Garath McCleary membawa Jamaica ke suku akhir Piala Emas selepas mengungguli kumpulan semalam dengan kemenangan 1-0 ke atas El Salvador.

McCleary menyudahkan peluang dengan merembat bola melantun dari Jobi McAnuff bagi gol keduanya dalam perlawanan itu dan memastikan Reggae Boyz mengungguli kumpulan B untuk mara ke suku akhir nanti menentang Haiti Sabtu ini.

Jaringan kemenangan pemain berusia 28 tahun pada minit ke-77 itu memberikan Jamaica kegembiraan dalam keadaan panas di BMO Field, Toronto.

Pasukan dari Caribbean itu, yang tiba di Piala Emas selepas tanpa kemenangan sebagai pasukan jemputan di Copa America, mencipta peluang yang lebih baik sepanjang persaingan.

Jamaica juga berhutang budi kepada persembahan menarik penjaga gol gantian Ryan Thompson, yang menggantikan Dwayne Miller selepas 22 minit.

Midfield Garath McCleary (22) mengawal bola di depan pertahanan El Salvador Alexander Larin (13) dalam aksi Piala Emas di BMO Field semalam. – Reuters
Midfield Garath McCleary (22) mengawal bola di depan pertahanan El Salvador Alexander Larin (13) dalam aksi Piala Emas di BMO Field semalam. – Reuters

Thompson, yang beraksi dalam United Soccer League – divisyen tiga bola sepak di AS, membuat beberapa halangan untuk menghalang usaha El Salvador pada separuh masa kedua.

Jamaica, yang sudah memastikan tempat dalam lapan pasukan akhir selepas seri menentang Costa Rica dan menewaskan Kanada, dipaksa untuk melalui penyudah yang menggentarkan apabila Darren Mattocks dilayangkan kad merah kerana mendapat kad kuning kedua.

Tetapi biarpun mendapat tekanan dari El Salvador, Jamaica, yang menyaksikan skuad tersebut melibatkan beberapa pemain dari bawahan bola sepak Inggeris, terus bertahan. – AFP