Reina bersama Napoli

Reina bersama Napoli

MILAN, 24 Jun (Reuters) – Napoli membeli penjaga gol simpanan Bayern Munich, Pepe Reina, sekali gus menyaksikan pemain Sepanyol itu kembali beraksi dalam Serie A buat kali kedua, menurut kenyataan bersama-sama dua kelab itu pada semalam.

Bekas penjaga gawang Liverpool berusia 32 tahun itu, sebelum ini adalah pengganti Manuel Neuer di Bayern dan beraksi selama tiga musim selain turut meraih gelaran kejuaraan Bundesliga.

“Pepe Reina meminta kami melepaskannya daripada kontrak berikutan dia memiliki peluang untuk bermain dalam kesebelasan utama sebagai penjaga gol utama Napoli,” kata Timbalan Pengerusi Bayern, Jan-Christian Dreesen menerusi laman web www.fcbayern.de.

“Sebagai pemain, terutama sebagai seorang individu, dia serasi dengan pasukan kami, jadi kami bersetuju untuk memenuhi permintaan,” katanya mengenai pemain itu yang dipinjamkan di Stadio San Paolo pada musim 2013/2014 sebelum menyertai Bayern.

Pepe Reina akan beraksi bersama Napoli musim depan. – AFP
Pepe Reina akan beraksi bersama Napoli musim depan. – AFP

Reina yang dilahirkan di Madrid, bermula dengan pasukan remaja Barcelona dan menghabiskan masa selama lima tahun dalam saingan La Liga iaitu dua musim bersama Barca dan tiga musim lagi dengan Villareal.

Pada tahun 2005, dia berpindah ke Liverpool dan beraksi selama lapan musim di sana termasuk bermain 285 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris selain bermain dua kali bersama Sepanyol pada Piala Dunia Jerman 2006.

ARTIKEL YANG SAMA