Rejim Syria akan hadiri rundingan damai 14 Mac

Rejim Syria akan hadiri rundingan damai 14 Mac

BEIRUT, 8 Mac (AFP) – Rejim Syria mengatakan kelmarin ia akan menghadiri rundingan damai baru di Geneva bermula 14 Mac, namun pihak pembangkang masih lagi mempertimbangkan sama ada untuk pergi meskipun pertempuran mulai terhenti.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berharap akan memulakan semula rundingan damai yang tertanggung bulan lalu, disebabkan gencatan senjata yang telah membawa penurunan ketara dalam keganasan perang saudara Syria hampir lima tahun.

Utusan Syria PBB, Staffan de Mistura mengatakan dia berharap rundingan boleh dimulakan pada Khamis, namun para pegawai menunjukkan ia mungkin mengambil masa beberapa hari bagi menyiapkan persediaan sebelum mereka boleh bermula.

Namun pihak pembangkang menghantar petanda bercampur baur, dengan ketua Jawatankuasa Rundingan Tertinggi berpangkalan di Riyadh, Riad Hijab, enggan untuk menyatakannya.