Rejim Syria hampiri kubu penting IS

Rejim Syria hampiri kubu penting IS

BEIRUIT, 7 Jun – Pasukan rejim Syria yang dibantu pihak Rusia semakin hampir hari ini ke perhentian utama di garisan bekalan penting kumpulan Islam IS, ketika serangan berkembar menumpaskan kubu kuat utara pejuang jihad itu.

Kemaraan itu dilancarkan ketika 17 orang awam terbunuh dalam serangan udara di sebuah pasar terkenal di timur Syria pada hari pertama bulan suci Ramadhan.

Sementara itu PBB, menarik balik rancangannya untuk meneruskan pengguguran bantuan kemanusiaan ke Syria, dengan mengatakan buat masa sekarang ia menumpu pada kemudahan keselamatan bagi konvoi darat.

“Tumpuan utama kami ialah penghantaran darat, memandangkan cabaran dari segi keselamatan dan logistik penghantaran udara,” kata Jurucakap PBB Stephanie Dujarric.

Di bandar medan pertempuran, Tabqa, para pejuang IS terperangkap antara pasukan rejim yang dibantu Rusia dari barat daya dan para pejuang Kurdis dan Arab yang dibantu AS dari utara.

Pasukan Demokrat Syria (SDF) yang diketuai Unit Perlindungan Rakyat Kurdis (YPG) minggu lalu telah melancarkan operasi ke atas Tabqa dan empangan berhampiran dari utara wilayah Raqa.

Tetapi sementara mereka masih berada 60 kilometer utara Tabqa, pasukan kerajaan mara semalam, menurut Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Syria.

Ketua pemerhati Rami Abdel Rahman berkata pasukan rejim ‘mengukuhkan kedudukan mereka’ di selatan bandar itu, dan berada kurang 25 kilometer dari lapangan terbang Tabqa. – AFP