Rejim Syria ingkar, rundingan damai bertambah rumit

Rejim Syria ingkar, rundingan damai bertambah rumit

NEW YORK, 23 Sept – Rejim Syria yang ingkar melancarkan serangan baru semalam ke atas timur Aleppo yang dikuasai pemberontak ketika AS dan Rusia gagal menghidupkan semula rancangan damai yang rumit.

Setiausaha Negara AS John Kerry dan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov mengumpulkan dua puluh empat utusan antarabangsa pada rundingan di New York untuk menangani krisis itu. namun mesyuarat Kumpulan Sokongan Syria Antarabangsa gagal selepas Rusia menolak tuntutan AS bahawa ia berjanji akan segera menghentikan operasi angkatan tentera udara rejim Syria.

Kerry berkata dia bersedia untuk menemui pihak Rusia lagi hari ini untuk melihat jika terdapat sebarang kaedah untuk menghidupkan semula gencatan senjata yang gagal minggu ini, tetapi para diplomat pesimistik.

“Satu-satunya cara untuk mencapainya ialah jika pihak yang mempunyai kuasa udara di bahagian konflik itu hanya berhenti menggunakannya,” Kerry memberitahu para pemberita selepas rundingan. “Bukan untuk sehari dua, tetapi selama mana yang boleh supaya semua orang melihat mereka itu serius.”

Sergey Lavrov (kiri) dan John Kerry berbincang semasa mesyuarat bagi Bantuan Antarabangsa untuk Syria di New York, Kelmarin. - AP
Sergey Lavrov (kiri) dan John Kerry berbincang semasa mesyuarat bagi Bantuan Antarabangsa untuk Syria di New York, Kelmarin. – AP

Utusan damai PBB Staffan de Mistura menyifatkannya ‘rundingan yang panjang, menyakitkan dan mengecewakan,” tetapi menegaskan Washington dan Moscow serius tentang gencatan senjata. Dia menyalahkan pihak-pihak lain yang tidak dinyatakan namanya yang dikalangan delegasi kerana ‘melemahkan’ inisiatif AS dan Rusia dan menambah kata ‘mereka masih berusaha, dengan demikian mengisytiharkan rundingan telah mati adalah salah.”

Di Damsyik, tentera Syria menggesa para penduduk Aleppo supaya menjauhi ‘dari kedudukan pengganas’ ketika ia melancarkan serangan barunya dalam mengingkari gencatan senjata. Pemerhati yang beribu pejabat di London, Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Kemanusiaan menyifatkan serangan terbaru itu sebagai ‘serangan darat besar-besaran yang dibantu oleh serangan udara Rusia.”

Seorang wartawan AFP di timur Aleppo yang dikuasai pemberontak telah menyaksikan dua belas buah keluarga lari meninggalkan daerah Soukkari menuju kawasan pemberontak lain di utara jauh.

Kawasan-kawasan yang dikuasai pemberontak di Aleppo telah pun berdepan serangan besar-besaran selepas satu malam pengeboman dari apa yang digelarkan oleh para aktivis bom fosforus.