Rejim Syria lakukan jenayah perang di Aleppo

Rejim Syria lakukan jenayah perang di Aleppo

RIYADH, 3 Mei (NNN) – Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir berkata rejim Syria telah melakukan “jenayah perang” di utara bandar Syria, Aleppo, yang telah didedahkan dengan pembedilan berat dalam jangka sembilan hari kebelakangan meskipun perjanjian “gencatan senjata” telah berkuat kuasa.

Jubeir berkata dalam satu keterangan media bahawa “apa yang berlaku di Aleppo dengan serangan-serangan udara rejim Syria dan sekutu-sekutunya’ sama seperti jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah-jenayah perang.”

Ia telah menjadi agak tenang di bandar Aleppo pada Ahad lalu selepas pengeboman sebelumnya telah mengorbankan 253 orang awam, termasuk 49 kanak-kanak sejak 22 April, menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

Bercakap kepada Saluran Berita Al Arabiya, Jurucakap Suruhanjaya Tertinggi bagi rundingan-rundingan Syria, Dr. Riad Nasan Agha berkata bahawa rejim Syria sengaja menyerang Aleppo untuk mengalih rakyat dan kemudian memudahkan mereka untuk menawannya semula.

Menteri Luar Arab Saudi menyatakan apa yang dilakukan oleh rejim Syria sebagai jenayah perang terhadap kemanusiaan. - AP
Menteri Luar Arab Saudi menyatakan apa yang dilakukan oleh rejim Syria sebagai jenayah perang terhadap kemanusiaan. – AP

“Dunia mengetahui bahawa Aleppo, bandar tertua yang dihuni di dunia, adalah sebanding Damsyik dan berkemungkinan melebihinya. Enam juta orang pernah menghuninya sebelum ini. Itulah api di Timur Tengah. Apabila anda mengingati Aleppo, anda tahu bahawa anda berada di depan bandar bersejarah, yang dibanggakan oleh dunia,” Agha memberitahu Al Arabiya.

“Bandar ini direkodkan ke dalam Warisan Dunia UNESCO, ia adalah bandar mercu tanda dan harta karun manusia, ia adalah harta karun manusia ketika ini. Aleppo benar-benar menyumbang terhadap pembangunan di seluruh rantau. Ke mana sahaja anda pergi, anda akan menjumpai orang-orang Aleppo, orang industri, perdagangan, budaya dan ketamadunan.”

ARTIKEL YANG SAMA