Rejim Syria nafikan sebarang penglibatan

Rejim Syria nafikan sebarang penglibatan

DAMSYIK, 6 Mei (AFP) – Tentera Syria hari ini menafikan sebarang penglibatan dalam serangan udara yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang awam di sebuah perkhemahan bagi orang pelarian berdekatan sempadan Turki, menurut media negara itu.

“Tiada kebenaran dalam beberapa maklumat media di mana tentera udara Syria menyasarkan perkhemahan pelarian di wilayah Idlib” kelmarin, agensi berita SANA memetik sebagai berkata apa yang pihak tentera katakan.

Ia menuduh para pemberontak yang menyasarkan orang awam.

Sebuah perkhemahan pelarian di Syria. - AP
Sebuah perkhemahan pelarian di Syria. – AP

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, pemerhati dari Britain, berkata wanita dan kanak-kanak adalah dalam kalangan 28 orang yang telah terkorban dalam perkhemahan itu di kampung Al-Kammouna.

Mamun al-Khatib, pengarah agensi berita Shahba Press pro-pemberontak di Aleppo, menuduh “pesawat rejim” melepaskan misil ke perkhemahan itu.

Serangan itu mendapat kecaman Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, sementara pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menuntut bagi penyiasatan segera.