Rejim Syria serang Aleppo, bantuan makanan hampir habis

Rejim Syria serang Aleppo, bantuan makanan hampir habis

ALEPPO, Syria, 16 Nov – Kerajaan Syria dan pesawat pejuang Rusia menyerang bahagian-bahagian yang dikuasai pemberontak di utara Syria hari ini, termasuk bandar kedua Aleppo, di mana catuan bantuan makanan hampir kehabisan selepas beberapa bulan pengepungan rejim.

Pengeboman terbaru itu telah membunuh sekurang-kurangnya 20 orang, termasuk sembilan kanak-kanak, di Aleppo sahaja dalam tempoh 24 jam lalu, dan mencetuskan kemarahan dari Amerika Syarikat dan PBB.

Ia muncul apabila Presiden Bashar al-Assad berkata dalam satu wawancara bahawa Presiden AS yang baru, Donald Trump boleh menjadi “sekutu biasa” jika dia memerangi “pengganas”.

Damsyik menganggap semua orang-orang yang menentang kerajaan Assad dikenali sebagai “pengganas” seperti kumpulan Islamic State (IS), dimana Trump pernah berkata bahawa ia sepatutnya tumpuan penglibatan AS di Syria.

Damsyik dan sekutunya Rusia melancarkan serangan yang meluas ke atas pemberontak semalam, menghancurkan keamaan selama sebulan di kawasan timur Aleppo yang musnah yang dikuasai pemberontak.

Penduduk Syria menerima bantuan daripada Yayasan Kemanusiaan Al-Sham di kawasan kejiranan yang dikuasai pemberontak al-Marjah di bandar utara Aleppo, kelmarin. – AFP
Penduduk Syria menerima bantuan daripada Yayasan Kemanusiaan Al-Sham di kawasan kejiranan yang dikuasai pemberontak al-Marjah di bandar utara Aleppo, kelmarin. – AFP

Seorang wartawan AFP di timur melaporkan bahawa pengeboman besar-besaran berlaku sepanjang malam dan berlarutan hingga ke pagi.

Dan Badan Hak Asasi Manusia, pemantau yang berpangkalan di Britain, berkata sekurang-kurangnya 12 orang awam, di antaranya empat kanak-kanak, telah terbunuh dalam serangan udara kerajaan dan tembakan meriam di timur Aleppo hari ini.

Ini diikuti dengan kematian sekurang-kurangnya lapan orang awam di sebelah bandar yang dikepung dan dikuasai pembangkang yang dikepung semalam, kata pemantau tersebut.

Balai Cerap tersebut juga melaporkan serangan berterusan di wilayah Idlib, di barat laut Syria, yang kebanyakannya dikawal oleh gabungan kumpulan-kumpulan pemberontak termasuk bekas sekutu Al-Qaeda, Fateh al-Sham Front. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA