Rekaan Captain America membawa tuah

Rekaan Captain America membawa tuah

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Ogos – Rekaan model kereta SsangYong XLV dengan tema ‘Captain America’ telah membawa tuah kepada Awang Syazwi bin Sazeli apabila menjadi pemenang Pertandingan Reka Bentuk #MyXLV anjuran SsangYong selaku pengedar tunggal kenderaan jenama SsangYong di Brunei.

Dengan menerima 6,467 ‘Like’ bagi rekaannya, Awang Syazwi, 25, menjadi pemenang dan membawa pulang telefon pintar Samsung Galaxy S7 Edge pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Bilik Pameran SsangYong, hari ini.

Semasa ditemui Media Permata, Awang Syazwi melahirkan perasaan terkejut dan gembira kerana telah memenangi pertandingan berkenaan.

Titik peluh beliau dalam mempelajari ‘Photoshop’ sejak beberapa tahun yang lalu melalui laman web dan juga Youtube ternyata telah membuahkan hasil, ujar beliau yang kini masih lagi melanjutkan pelajaran beliau di Politeknik Brunei dalam jurusan Web Programming.

Pengurus Jualan T.C.Y Motors Sdn Bhd menyampaikan hadiah berupa Samsung Galaxy S7 Edge kepada Awang Syazwi.
Pengurus Jualan T.C.Y Motors Sdn Bhd menyampaikan hadiah berupa Samsung Galaxy S7 Edge kepada Awang Syazwi.

Menurut beliau lagi, menyunting menggunakan ‘Photoshop’ merupakan hobi beliau pada masa lapang.

“Oleh yang demikian kenapa tidak mencuba untuk mengikuti pertandingan ini,” ujarnya.

Pertandingan berkenaan telah diadakan oleh Ssangyong Brunei melalui laman Facebook mereka di mana reka bentuk yang paling disukai hingga pada jam 2 petang, 5 Ogos 2016, akan memenangi Samsung Galaxy S7 Edge.

Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kewujudan model terkini SsangYong iaitu XLV.

Sebanyak tujuh penyertaan telah diterima bagi pertandingan berkenaan dengan kesemuanya mempunyai tema unik dan terdiri daripada rekaan wira-wira buku komik kepada rekaan moden.

Pertandingan tersebut adalah mudah dengan hanya memerlukan peserta yang berminat untuk mereka bentuk semula bahagian luar XLV dari beberapa sudut yang berbeza dengan reka bentuk grafik pilihan mereka.

Selepas itu, mereka hanya perlu menghantar reka bentuk mereka ke profil Facebook dengan hashtag #MyXLV dalam kapsyen supaya SsangYong Brunei dapat menjejaki bilangan peserta dan juga bilangan orang menyukainya daripada ‘post’ mereka.

 

ARTIKEL YANG SAMA