Rekahan cermin paksa pesawat patah balik

Rekahan cermin paksa pesawat patah balik

SYDNEY, 30 Julai (AFP) – Sebuah pesawat Virgin Australia yang menuju ke Brisbane telah berpatah balik ke Los Angeles selepas rekahan ditemui di cermin depan jet penumpang berkenaan, menurut penerbangan itu hari ini.

Pesawat VA8 terpaksa kembali ke lapangan terbang Amerika Syarikat (AS) lewat semalam ‘sebagai langkah berjaga-jaga’ selepas ‘rekahan dikesan pada cermin depan pesawat udara itu’, menurut Virgin Australia dalam satu kenyataan.

“Jurutera sedang bekerja untuk mengenal pasti isu berkenaan, dan kami sedang melakukan segala-galanya agar para penumpang dapat menuju ke destinasi mereka secepat mungkin,” tambahnya. Pesawat itu, yang dilaporkan sebuah Boeing 777, baru 30 minit dalam perjalanannya apabila rekahan itu ditemui, lapor akhbar Courier Mail, Brisbane.

Shari Price, seorang penumpang pesawat berkenaan memberitahu laman web berita ninemsn, “Saya rasa semua orang mula kelihatan risau” tentang apa yang berlaku. “Apabila kami mendarat bunyinya semakin serius daripada ketika kami berada di udara.”

ARTIKEL YANG SAMA