Bilangan pelarian cecah rekod baru

Bilangan pelarian cecah rekod baru

GENEVA, 20 Jun (AFP) – Bilangan orang pelarian dan yang lain, yang melarikan diri dari rumah mereka di seluruh dunia telah mencecah rekod baru, meningkat kepada 65.3 juta orang menjelang akhir 2015, menurut PBB hari ini.

Krisis penghijrah Eropah yang begitu ditonjolkan, yang paling teruk sejak Perang Dunia II hanyalah satu bahagian peningkatan penderitaan manusia yang terutamanya ditanggung oleh orang Palestin, Syria dan Afghan.

Di seluruh dunia, mencecah satu peratus manusia telah terpaksa melarikan diri.

“Ini adalah kali pertama ambang 60 juta telah diatasi,” menurut agensi pelarian PBB.

Bilangan itu yang dikeluarkan pada Hari Orang Pelarian Sedunia, menekankan dua punca yang mencetuskan krisis pemindahan sejagat yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi membentangkan Laporan Trend Global Tahunan UNHCR semasa satu sidang media di ibu pejabat PBB, Geneva, Switzerland.
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi membentangkan Laporan Trend Global Tahunan UNHCR semasa satu sidang media di ibu pejabat PBB, Geneva, Switzerland.

Ketika konflik dan penganiayaan memaksa bilangan meningkat orang melarikan diri, sentimen politik antiorang pelarian telah menjejaskan keinginan untuk menempatkan semula orang pelarian, menurut ketua UNHCR, Filippo Grandi.

“Kesediaan negara-negara untuk bekerjasama, bukan saja bagi orang pelarian tetapi juga kepentingan manusia bersama sedang diuji hari ini,” katanya lagi.

Bilangan orang yang berpindah tempat di seluruh dunia meningkat 5.8 juta orang sehingga 2015, menurut perangkaan PBB.

Menghitung penduduk Bumi pada 7,349 bilion, PBB berkata seorang dari setiap 113 orang di planet ini kini sama ada orang pelarian atau berpindah.

Bilangan mereka kini ialah lebih daripada populasi Britain atau Perancis, menurut agensi itu dengan mengatakan ‘tahap risiko yang diketuai oleh UNHCR sebagai tidak pernah berlaku sebelum ini.