Rekod buruk di laman sendiri dikhuatiri – Martinez

Rekod buruk di laman sendiri dikhuatiri – Martinez

LONDON, 25 Jan – Pengurus pasukan Everton, Roberto Martinez menjelas dia bimbang dengan rentak hambar pasukannya selepas pasukan Toffees itu mengalami kekalahan kelima di Goodison Park dalam kempen ini setelah kekalahan Liga Perdana 2-1 semalam kepada Swansea City.

Jaringan menerusi Gareth Barry dibatalkan menerusi jaringan dari Gylfi Sigudsson melalui sepakan penalti, tetapi pasukan Swan yang diancam penyingkiran itu mencatatkan tiga mata hasil rembatan minit ke-34 daripada pemain sayap, Andre Ayew.

Kelab dari Merseyside itu mencatatkan tiga kemenangan dari 12 perlawanan liga di tempat sendiri dan hanya pasukan tercorot Aston Villa, yang mencatatkan satu kemenangan dalam 11 perlawanan di Vila Park, mencatatkan rekod terburuk di laman sendiri dalam liga.

“Kami belum menemui cara yang tepat untuk beraksi di laman sendiri. Ia adalah satu kebenaran. Kedudukan itu menggambarkan rekod pertahanan yang teruk di tempat sendiri. Kami adalah pasukan muda,” Martinez memberitahu media British.

“Kami mahu mengagumkan peminat kami, beraksi dengan agaya serangan dan menjadi pasukan yang menang, tetapi kami mendapatinya sukar untuk membebaskan diri kami.

“Tetapi saya tidak rasa kami mendapatinya mudah musim ini untuk beraksi di Goodison. Saya tidak rasa persembahan itu digambarkan dalam jaringan.” Everton, yang berada di tangga ke-12, tujuh mata di atas zon penyingkiran selepas 23 perlawanan, menghoskan pasukan tangga ketiga tercorot, Newcastle United pada Rabu ini. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA