Rekod kes pemerdagangan kanak-kanak di Myanmar

Rekod kes pemerdagangan kanak-kanak di Myanmar

YANGON, Myanmar, 13 Dis (Agensi) – Polis Myanmar sedang menyiasat kes pemerdagangan manusia membabitkan 93 mangsa dari kalangan kanak-kanak sepanjang pada November sahaja, satu rekod jumlah yang ramai berbanding bulan sebelumnya, menurut Unit Anti Pemerdagangan Manusia Myanmar.

Pihak berkuasa menyelamatkan lebih 500 orang dari sejumlah 617 mangsa termasuk kira-kira 100 kanak-kanak tahun ini.

Sepanjang tempoh 11 bulan tahun ini, sejumlah 120 kes didedahkan dan 226 dari sejumlah 355 pelaku pemerdagangan manusia diberkas di Negara itu, dengan negeri Shan berada dalam senarai teratas membabitkan 36 kes, diikuti oleh Mandalay dan Yangon dengan masing-masing 17 kes sementara negeri Kachin sebanyak 13 kes.

Sejumlah 1,243 kes pemerdagangan manusia disiasat sementara 2,500 mangsa kes tersebut diselamatkan manakala lebih 2,000 pelaku dibawa ke muka pengadilan di seluruh negara di antara tahun 2006 dan November lepas, menurut statistic rasmi.