Rekod Rooney bakal kekal lama – Lineker

Rekod Rooney bakal kekal lama – Lineker

LONDON, 10 Sept – Legenda England, Gary Lineker percaya rekod Wayne Rooney selaku penjaring terbanyak Three Lions akan kekal “buat jangka masa lama” selepas penyerang Manchester United itu merekodkan gol ke-50 ketika menentang Switzerland.

Penalti Rooney pada aksi Kelayakan Euro 2016 menentang Switzerland di Wembley membantu England mencatat kemenangan 2-0 sekali gus memecah rekod 45 tahun dipegang Bobby Charlton.

Charlton mengumpul 49 gol dengan Lineker kini di kedudukan ketiga selepas mengumpul 48 gol yang dibuatnya pada 1984 hingga 1992.

Dengan umur Rooney masih belum mencecah 30 tahun dan penjaring kedua terbanyak ketika ini, Danny Welbeck hanya memiliki 14 gol di peringkat antarabangsa, Lineker percaya rekod kapten England itu akan kekal lama sebelum mampu dipecahkan.

“Saya fikir ia akan bertahan dengan lama,” kata Lineker, 54.

Gambar fail bertarikh 11 Jun 1986 menunjukkan aksi Gary Lineker (kanan) merembat bola melepasi pertahanan Poland, Stefan Majewski pusingan pertama Piala Dunia ketika England menentang Poland di in Monterrey. – AFP
Gambar fail bertarikh 11 Jun 1986 menunjukkan aksi Gary Lineker (kanan) merembat bola melepasi pertahanan Poland, Stefan Majewski pusingan pertama Piala Dunia ketika England menentang Poland di in Monterrey. – AFP

“Kita tidak mempunyai siapa lagi yang mampu menghampiri angka itu ketika ini, jadi ia mungkin akan kekal sekurang-kurangnya 10 tahun. Kamu perlu menjaringkan lima, enam gol setahun, tugas yang bukan mudah, jadi ia akan bertahan dengan agak lama.

Harry Kane mungkin akan tampil untuk membuktikan dia akan penjaring gol yang konsisten, tapi dia juga mungkin tidak mampu.

“Saya rasa kita perlu menunggu lama. Dan dia (Rooney) boleh meneruskannya, ia bukan sekadar pandangan, namun menuju ke angka 60 puluh,” katanya.

Ketika jumlah gol miliki Rooney sudah meletakkannya dalam sejarah bola sepak Inggeris, Linker percaya adalah sesuatu yang salah fokus hanya dihalakan kepada kualitinya sebagai penyerang.

“Ada banyak perkara lagi dalam perlawanan selain gol, etika kerja yang baik, kesedarannya mengenai ruang, dan dia mengharunginya untuk rekod itu,” kata Lineker yang juga bekas pemain Barcelona, Everton dan Tottenham Hotspur.

“Dia pemain yang amat pintar. Dia tahu di mana dia perlu pergi, membawa pertahanan keluar daripada kawasannya dan pergerakannya adalah kelas dunia. Sekalipun dia tidak mempunyai kepantasan seperti beberapa pemain lain, fikirannya amat tajam.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA