Rektor UNISSA terima kunjungan hormat Duta Rusia

Rektor UNISSA terima kunjungan hormat Duta Rusia

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Feb – Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal hari ini, telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Persekutuan Rusia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Vladlen Stanislavovich Semivolos.

Menurut kenyataan UNISSA, kunjungan tersebut bertujuan bagi meninjau peluang-peluang kolaborasi dan kerjasama strategik dalam bidang pendidikan khususnya dalam bidang pengajian Islam.

Menurut Tuan Yang Terutama, Rusia kini mempunyai 20 juta orang rakyat beragama Islam, 170 buah masjid dan mempunyai empat buah universiti yang menawarkan program dalam pengajian Islam dengan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.

Justeru, ia merupakan suatu kelebihan untuk mengorak langkah dalam pertukaran pelajar kerana UNISSA menawarkan kebanyakan kursusnya juga dalam Bahasa Arab.

Tuan Yang Terutama juga menyatakan bahawa beliau sangat optimis untuk membangunkan jaringan kerjasama pendidikan dan pengajian Islam antara Brunei Darusslam dan Rusia di mana kedua-dua buah negara mempunyai keunikan budaya dan warisan Islam untuk dikaji bersama dan juga berpotensi untuk dijadikan tempat lawatan pelancongan.

Penyampaian cenderahati kepada TYT Vladlen Stanislavovich Semivolos.
Penyampaian cenderahati kepada TYT Vladlen Stanislavovich Semivolos.

ARTIKEL YANG SAMA