Rela dipenjara kerana enggan bersama isteri

Rela dipenjara kerana enggan bersama isteri

SEORANG lelaki berusia 70 tahun telah merompak sebuah bank di Bandar Kansas dan dengan sengaja membiarkan dirinya ditangkap, kerana hidup di penjara lebih baik daripada bersama isterinya.

Lawrence John Ripple berjalan memasuki Bank of Labor, Bandar Kansas, dan memberikan nota kepada juruwang yang bertulis ‘Saya mempunyai pistol, berikan saya wang’.

Menurut dokumen mahkamah, juruwang menurut apa yang dipinta, tetapi berbanding melarikan diri dengan segera, Ripple mengambil wang dan duduk di ruang legar bank.

Semasa pengawal keselamatan menghampirinya, perompak bank yang aneh itu berkata bahawa dia adalah orang yang mereka cari. Selepas menahan Ripple dan mendapatkan semula wang rompakan, pengawal keselamatan memaklumkannya kepada polis, yang tiba di tempat kejadian dalam masa yang singkat, memandangkan ibu pejabat mereka terletak di blok yang sama.

 Gambar Ripple bersama isterinya di sebuah laman media sosial.
Gambar Ripple bersama isterinya di sebuah laman media social.

Semasa soal-siasat, para penyiasat mendapat tahu bahawa Ripple bertengkar dengan isterinya dan beliau ‘tidak lagi mahu berada dalam situasi itu’. Dalam satu kenyataan bertulis dengan sokongan ke atas dakwaan rompakan, dan ejen FBI menyatakan bahawa ‘Ripple membuat nota permintaan di depan isterinya, dan memberitahunya bahawa beliau lebih rela tinggal di dalam penjara daripada berada di rumah’.

Perompak berusia 70 tahun itu kelihatannya sangat berazam untuk menjauhkan dirinya daripada isterinya kerana beliau langsung tidak mahukan peguam, menurut dokumen mahkamah. Pusat Tahanan Wyandotte County memberitahu bahawa Ripple telah dihantar ke sebuah kemudahan persekutuan di leavenworth, Kansas.

Persoalan apa isu pertengkaran sehingga Ripple sanggup dipenjarakan masih belum terjawab kerana beliau enggan bercakap mengenainya, dan usaha untuk menghubungi isterinya bagi mengetahui lebih lanjut juga tidak Berjaya.

ARTIKEL YANG SAMA