Remaja 15 tahun ditahan polis Perancis

Remaja 15 tahun ditahan polis Perancis

PARIS, 12 Sept – Polis Perancis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun, semalam atas tuduhan percubaan melancarkan serangan, sejurus selepas Perdana Menteri, Manuel Valls memberi amaran bahawa negara itu berdepan satu ancaman membabitkan 15,000 individu radikal dalam negara.

Pihak menyiasat berkata, remaja itu yang diawasi sejak April lalu atas dakwaan ada kaitan dengan pelampau pengganas, ditahan di timur Paris.

Polis mengesyaki dia merancang “menyerang Perancis atas arahan dari Syria,” menurut satu sumber, hanya beberapa hari selepas rancangan berasingan untuk meletupkan sebuah kereta yang sarat dengan gas silinder didakwa digagalkan di pusat bandar Paris. – AFP