Remaja 17 tahun mengaku bersalah bantu IS

Remaja 17 tahun mengaku bersalah bantu IS

ALEXANDRIA, Amerika Syarikat, 12 Jun (AFP) – Seorang remaja Amerika Syarikat yang pintar teknologi dan prolifik dengan akaun Twitter mengaku bersalah semalam menggunakan media sosial untuk membantu kumpulan Negara Islam (IS), satu jenayah yang boleh dihukum sehingga 15 tahun penjara.

Ali Shukri Amin, 17 tahun, yang telah menghantar lebih 7,000 mesej Twitter dalam menyokong IS, mengakui memberi nasihat dan galakkan kepada kumpulan pelampau itu dan juga penyokongnya.

“Bersalah, Tuan”, pelajar sekolah tinggi berbadang langsing itu menjawab apabila ditanya oleh hakim di mahkamah Alexandria, Virginia untuk menyatakan akuannya terhadap tuduhan.

Peguamnya, Joseph Flood berkata kes ini adalah kes paling pertama yang mana Amin adalah orang bawah umur pertama disabitkan kesalahan di AS kerana memberikan bantuan bahan kepada IS.

“Dia sangat menyesal,” Flood memberitahu para pemberita selepas perbicaraan itu, dengan menambah kata anak guamnya telah bekerjasama dengan penguat kuasa undang-undang.

Di dalam Twitter dengan menggunakan pengenalan @Amreekwitness, Amin telah memberikan para penyokong IS dengan arahan tentang menggunakan mata wang sebenar, Bitcoin untuk menyembunyikan derma kewangan kepada kumpulan Islam radikal itu dan cara terbaik untuk mengubah keadaan kod pertukaran online mereka.

Remaja itu juga melahirkan sokongan bagi jihad pada blog Al-Khilafah Aridat.

Dan dia telah menggunakan apa yang digelar oleh ketua pegawai FBI yang membuat siasatan “kehadiran prolifik online” untuk memberikan panduan kepada para penyokong yang ingin pergi ke Syria untuk berjuang bersama IS.

Jabatan Keadilan berkata Amin telah memudahkan perjalanan untuk seorang lagi rekrut muda IS, Reza Niknejad, 18 tahun yang telah pergi ke Syria untuk menyertai kumpulan jihad pada Januari lalu.