Remaja 18 tahun didenda $8,000

Remaja 18 tahun didenda $8,000

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160824_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Seorang remaja berusia 18 tahun dijatuhi denda $8,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, selepas mengaku bersalah memiliki sejumlah karton rokok yang tidak diisytiharkan kepada pihak kastam.

Mohammad Yusrin bin Mohd Yusra, didakwa memiliki 20 karton rokok dalam perahu di kawasan sungai Pengkalan Batang pada 5 Ogos 2016.

Fakta kes menyebut, anggota polis marin terlihat bot yang dipandu defendan membuat pusingan U dan dikejar oleh bot Biro Kawalan Narkotik (BKN).

Ketika drama kejar-mengejar itu, seorang daripada pegawai BKN ternampak defendan sempat membuang karton rokok ke dalam sungai.

Defendan akhirnya diberkas di persimpangan Sungai Riong.

Defendan mengaku membeli rokok-rokok itu di Limbang pada harga $140 di mana duti eksais rokok yang seharusnya dibayar untuk membawa masuk rokok itu ialah $1,000.

Defendan memberitahu mahkamah, dia hanya dapat membayar $600 setiap bulan, dan Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memerintahkannya untuk membuat pembayaran pertama bermula hujung Ogos ini sehingga habis dan jika gagal, akan berdepan lapan bulan penjara.

ARTIKEL YANG SAMA