Remaja ‘affluenza’ ditangkap di Mexico

Remaja ‘affluenza’ ditangkap di Mexico

WASHINGTON, 29 Dis – Pihak berkuasa di Mexico telah menahan seorang remaja kaya dari Texas yang dicari di AS selepas jelas dia telah melanggar syarat tempoh percubaan kerana membunuh empat orang dalam kemalangan kerana memandu dalam keadaan mabuk, lapor sebuah surat khabar lewat semalam.

Ethan Couch, 18 tahun, pernah disifatkan sebagai mengalami ‘affluenza’ dan ibunya Tonya telah diberkas di bandar peranginan Pasifik, Puerto Vallarta, lapor Fort Worth Star-Telegram.

Ia memetik Sam Jordan, seorang jurucakap wanita bagi pejabat peguam daerah Tarrant County. Pikap yang dipandu Ethan Coutch merempuh sekumpulan pejalan kaki dan sebuah lagi kenderaan pada tahun 2013, mengakibatkan empat orang terbunuh dan beberapa orang cedera parah.

Tahap alkohol dalam darahnya hampir tiga kali had yang disahkan.

Couch, anak lelaki kepada ibu bapanya yang kaya raya, menjadi tajuk akhbar ketika perbicaraannya apabila seorang pakar psikologi memberi keterangan bagi pihaknya dengan mengatakan dia mengalami ‘affluenza.”

Istilah itu, dicipta daripada kemewahan dan demam menandakan keistimewaan kewangan telah membuatkannya tidak dapat memahami kesan dari tindakannya.”– AFP