Remaja Australia diberkas, berkaitan pengganasan

Remaja Australia diberkas, berkaitan pengganasan

PERTH, 26 Jan – Remaja lelaki Australia 18 tahun telah diberkas dan didakwa kerana mengumpul dokumen tentang bagaimana melancarkan tindakan pengganas, menurut polis di Sydney hari ini.

Sameh Bayda diberkas petang semalam dan dia muncul di mahkamah jenayah di barat Sydney melalui perhubungan video hari ini, lapor Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).

Pihak polis telah mendapati remaja itu memiliki bahan yang menyediakan arahan bagi serangan tikam dan penggunaan alat bahan letupan improvisasi, menurut ABC, dengan merujuk kepada dokumen yang didengarkan di mahkamah.

Salah satu dokumen dikatakan diterbitkan oleh Al-Qaeda di Semenanjung Arab, lapor ABC.

Bayda muncul di mahkamah melalui perhubungan video, disebabkan cuti kebangsaan. Dia tidak memohon ikat jamin dan secara rasmi ditolak oleh mahkamah. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA