Remaja Australia didakwa bantu kumpulan IS

Remaja Australia didakwa bantu kumpulan IS

SYDNEY, 22 Mac – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun hari ini dijangka didakwa dengan tuduhan mengumpul wang untuk membantu kumpulan Islamic State (IS), menurut polis Australia, dengan memberi amaran tentang ‘trend remaja’ yang terlibat dalam kegiatan seumpama itu.

Remaja itu dan seorang lelaki berusia 20 tahun diberkas di pinggir bandar barat Sydney, Guildford di sebelah pagi, menurut Timbalan Pesuruhjaya polis negeri New South Wales, Catherine Burn.

“Kami akan mendakwa mereka terlibat dalam mendapatkan wang untuk dihantar ke luar pesisir bagi membantu kumpulan IS dalam kegiatannya,” Burn memberitahu para pemberita di Sydney. “Remaja perempuan berusia 16 tahun itu bukanlah seseorang yang cukup kami kenali, bagaimanapun keadaan itu mengganggu yang mana kami terus menerus melihat trend remaja terlibat dalam kegiatan yang seharusnya mereka tidak terlibat sama sekali.”

Lelaki berusia 20 tahun itu yang namanya didedahkan oleh media tempatan sebagai Milad Atai, hari ini berdepan mahkamah atas satu tuduhan membiayai pengganasan, lapor Perbadanan Penyiaran Australia. Dia masih ditahan dan dijangka muncul di sebuah lagi mahkamah Sydney esok (Rabu), tambah ABC. – AFP

Catherine Byrne bercakap semasa sidang media di Sydney, Australia, kelmarin. – Reuters
Catherine Byrne bercakap semasa sidang media di Sydney, Australia, kelmarin. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA