Remaja Australia dituduh rancang ‘bom kanggaru’

Remaja Australia dituduh rancang ‘bom kanggaru’

SYDNEY, 28 Jan – Seorang remaja Australia menghadapi dakwaan pengganas disyaki mengadakan perbincangan untuk meletakkan seekor kangaroo dengan bahan letupan, melukisnya dengan simbol kumpulan berani mati (IS) dan melepaskannya kepada arah polis, laporan media hari ini yang memetik dokumen mahkamah.

Sevdet Besim, 19, yang ditahan dalam satu serbuan memerangi pengganas di Melbourne pada April lalu mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan berhubung kait perancangan terhadap serangan ketika hari memperingati Anzac Day bagi Australia dan New Zealand Army Corps yang terbunuh dalam peperangan.

Dakwaan kelima berkomplot melakukan tindakan pengganas sudah digugurkan.

Pendakwa mendakwa bahawa Besim melakukan perbincangan secara talian bersama remaja lain diluar negara, yang melibatkan penggunakan marsupial ketika serangan.

“Perbincangan diteruskan lagi awal Khamis 20 Mac 2015 dengan imej dihantar oleh BESIM dengan ulasan ‘lihat apa yang saya ada ahaha’,” lapor Australian Broadcasting Corporation, yang memetik dokumen mahkamah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA