Remaja berbangsa Iban terima hidayah

Remaja berbangsa Iban terima hidayah

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 2 Sept – Seorang remaja perempuan berbangsa Iban telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidupnya dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadah dalam majlis pengislamannya yang berlangsung di Kampung Batang Duri, hari ini.

Ida Jesika anak Eji, 18, telah memilih nama Islamnya Dayang Hana Fauzana binti Abdullah Eji setelah melafazkan ikrar masuk Islam di hadapan tetamu kehormat Pemangku Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Haji Adam bin Haji Tengah.

Turut hadir ialah Ketua Bahagian Dakwah Daerah Temburong, Haji Hazimin bin Haji Metali; Penghulu Mukim Amo, Haji Bahrun bin Haji Talib serta ahli keluarga terdekat.

Tetamu kehormat menyampaikan cenderahati kepada Dayang Hana Fauzana selepas majlis pengislamannya.
Tetamu kehormat menyampaikan cenderahati kepada Dayang Hana Fauzana selepas majlis pengislamannya.

Majlis didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum disusuli dengan majlis pengislaman, kemudian diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada saudara baru yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

Ia kemudian diserikan dengan taburan bunga rampai yang diiringi laungan Dikir Marhaban yang dibawakan oleh ahli Takmir Masjid Kampung Selangan yang diketuai oleh Awang Mahdini bin Haji Kamis dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

ARTIKEL YANG SAMA