Remaja bertuah menang Proton Satria Neo

Remaja bertuah menang Proton Satria Neo

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 1 Mei – Cabutan Bertuah KBSentral ke-2 ternyata memberi tuah kepada seorang remaja, Awang Ahmad Ridhauddin bin Haji Sulaiman apabila namanya disebut sebagai pemenang kereta Proton Satria Neo dalam majlis cabutan bertuah di Kompleks Membeli-belah KBSentral hari ini.

Adik Ahmad Ridhauddin ditemui menyatakan kegembiraan memenangi hadiah utama, walaupun tidak menyangka mendapat hadiah besar itu. Ibunya yang turut mengiringinya juga melahirkan kegembiraan atas tuah anaknya itu.

Sharon Chin, Awang Jufri bin Haji Abdul Hamid yang merupakan pemenang kedua dan ketiga mendapat hadiah mesin basuh manakala pemenang keempat Hajah Rohaya binti Haji Abu Bakar mendapat televisyen LED 32 inci.

Dayang Suraya memberikan hadiah utama kepada Awang Ahmad Ridhauddin.
Dayang Suraya memberikan hadiah utama kepada Awang Ahmad Ridhauddin.
Awang Ahmad Ridhauddin semasa berada dalam kereta yang dimenanginya.
Awang Ahmad Ridhauddin semasa berada dalam kereta yang dimenanginya.

Selain itu, 17 pemenang bertuah lain turut menerima hadiah-hadiah menarik seperti perkakas rumah, baucar makanan dan penginapan satu malam di Hotel Garden Hotel Sentral pada majlis penyampaian hadiah yang dihadiri seramai 1,900 pengunjung dengan kupon cabutan bertuah masing-masing.

Hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang hadiah utama dan empat teratas ialah Penasihat Persatuan HAWA, Dayang Suraya binti Haji Salleh manakala penyampaian hadiah bagi pemenang lain disampaikan oleh Penghulu Mukim Belait, Haji Pungut bin Ali serta Pengurus Am KBSentral, Abby Lim.

ARTIKEL YANG SAMA