Remaja cedera jatuh gaung ketika daki Bukit Batu Sapi

Remaja cedera jatuh gaung ketika daki Bukit Batu Sapi

SANDAKAN, 20 Jun (Bernama) – Seorang remaja lelaki cedera parah selepas terjatuh ke dalam gaung ketika mendaki Bukit Batu Sapi di Kampung Gas dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6:50 petang itu, mangsa, Mohamad Azmi, 14, diselamatkan oleh anggota bomba dan penyelamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Mohd Razali Awang Ahmad berkata operasi menyelamat dilakukan selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6:55 petang yang membabitkan enam anggota bomba. Ketika ditemui, mangsa mengalami kecederaan kaki dan tidak mampu untuk bergerak akibat terjatuh ke dalam gaung pada ketinggian 10 meter, katanya di sini, hari ini.

Menurutnya mangsa kemudian dihantar ke Hospital Duchess of Kent di sini untuk rawatan lanjut.