Remaja China ditemui sembunyi dalam ruang kargo

Remaja China ditemui sembunyi dalam ruang kargo

BEIJING, 1 Jun – Seorang remaja berusia 16 tahun warganegara China didapati bersembunyi di dalam ruang kargo sebuah pesawat penerbangan di lapangan terbang Dubai, menurut laporan berita hari ini.

Remaja itu berkata dia ‘berasa sangat selesa’ semasa dalam penerbangan Emirates sembilan jam dari Shanghai itu pada Jumaat, namun tidak memakan apa-apa.

Ruang kargo telah ditetapkan imbangan tekanan udaranya di bawah keadaan operasi normal, agensi berita Xinhua memetik seorang pakar pesawat penerbangan sebagai berkata.

Budak lelaki yang dinamakan Xu itu berkata dia ingin pergi ke Dubai kerana peminta sedekah sendiri boleh mendapat keuntungan di sana, menurut laporan itu.

Penumpang gelap itu dikatakan telah melompat ke pagar di lapangan terbang Shanghai dan menaiki ruang kargo semasa pengawal tidak melihatnya, menurut Xinhua, memetik seorang penterjemah yang dilantik oleh pendakwa raya.

Dia telah ditahan oleh polis dan kakitangan konsulat telah dihantar ke lapangan terbang untuk menangani kes itu, menurut laporan tersebut. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA