Remaja cipta ‘bom’ kembali ke AS

Remaja cipta ‘bom’ kembali ke AS

DALLAS, 28 Jun (AP) – Seorang pelajar Muslim yang berpindah ke Qatar dengan keluarganya berikutan penangkapannya di sebuah sekolah tinggi pinggir bandar Dallas apabila jam buatan sendiri beliau yang disangka bom sudah berpindah semula ke Amerika Syarikat, semalam.

Remaja itu berkata dia gembira untuk kembali ke rumah dan melihat rakan-rakan dan keluarga adalah keutamaannya yang pertama.

Dia bakal tinggal di Iriving, kawasan luar bandar Dallas, tempat yang pernah didiaminya sebelum meninggalkan Amerika Syarikat.

Ahmed Mohamed kembali ke Texas pada Isnin selepas keluarganya membuat keputusan untuk berpindah ke Qatar pada Oktober tahun lalu.

Mohamed ditahan pada September tahun lalu di sekolahnya selepas guru salah anggap jam ciptaannya disangka bom, tetapi dia segera dibebaskan.

Keluarganya pula bertanya sama ada penahanannya mempunyai kaitan dengan agama dan mengambil keputusan untuk meninggalkan Irving selepas laporan terbabit dikeluarkan.