Remaja didakwa cuba bunuh Trump

Remaja didakwa cuba bunuh Trump

LOS ANGELES, 21 Jun (AFP) – Seorang lelaki berusia 19 tahun didakwa di mahkamah kerana cuba merampas pistol seorang anggota polis ketika kempen Donald Trump di Las Vegas sewaktu percubaan membunuh calon presiden dari Republikan itu.

Berdasarkan aduan yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Nevada, Michael Sandford cuba melucutkan senjata api anggota polis itu ketika kempen pada 18 Jun lalu di Mystere Theatre, Treasure Island Casino sebelum ditahan.

Difahamkan pemuda itu memberitahu ejen Khidmat Rahsia selepas beliau ditahan bahawa dirinya memandu dari California hingga ke Las Vegas untuk ‘membunuh Trump’ dan pergi ke lapang sasar bagi belajar menembak kerana tidak pernah menggunakan senjata api sebelum ini.

“Sandford memaklumkan bahawa dia mungkin dapat melepaskan satu hingga dua das dan menjelaskan dirinya akan dibunuh oleh polis ketika percubaan membunuh Trump,” kata aduan berkenaan.

Sandford, yang memiliki lesen memandu Britain berkata, dirinya membeli tiket untuk hadir pada kempen di Phoenix di mana dia ‘akan cuba membunuh Trump sekali lagi’ selepas perancangannya di Las Vegas gagal.

Sementara itu, pegawai tidak dapat mengesahkan Sandford berasal dari mana dan memberitahu penyiasat bahawa dirinya sudah berada 18 bulan di Amerika Syarikat dan menetap di Hoboken, New Jersey sebelum pergi ke California.

Aduan itu berkata Sandford telah memberitahu penyiasat bahawa dia telah berada di Amerika Syarikat selama kira-kira 18 bulan, dan tinggal di Hoboken, New Jersey, sebelum ke California.

Sandford memberitahu penyiasat bahawa dia telah mensasarkan senjata pegawai Ameel Jacob kerana ia dalam kedudukan yang tidak dikunci dan akan menjadi cara yang paling mudah untuk mendapat akses kepada senjata di perhimpunan itu di mana mereka yang hadir terpaksa melalui imbasan pengesan logam.

Ketika berbual dengan Jacob di memberitahu mahukan autograf dari Trump sebelum menyentap dan merampas senjata api dengan kedua-dua tangannya, kata pendakwa raya.

Sandford didakwa memberitahu Perkhidmatan Rahsia yang dia telah merancang selama setahun untuk membunuh Trump dan akhirnya membuat keputusan untuk bertindak Sabtu lalu, kerana “dia akhirnya berasa yakin untuk melakukannya.”

“Sandford juga menyatakan bahawa jika dia berada di jalan esok, beliau akan cuba lagi,” menurut aduan itu.