Remaja dilanggar, selamat

Remaja dilanggar, selamat

Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Feb – Seorang remaja perempuan berumur 14 tahun mengalami lebam-lebam apabila dilanggar sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berdekatan dengan Lampu Isyarat Jalan Tasek Lama menghala Bandar Seri Begawan, pagi tadi.

Kejadian berlaku sekitar pukul 6 pagi dan pihak polis menerima panggilan kecemasan pukul 7:09 pagi mengenai kemalangan melibatkan sebuah kereta melanggar seorang kanak-kanak sekolah di kawasan Tasek Lama dekat lampu isyarat.

Walau bagaimanapun, punca kemalangan masih dalam siasatan.

pg06_160223_a

ARTIKEL YANG SAMA