Remaja dipenjara gara-gara curi jam, iPhone6 rakan

Remaja dipenjara gara-gara curi jam, iPhone6 rakan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Seorang remaja berusia 18 tahun dijatuhi enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, semalam, atas pertuduhan mencuri seutas jam tangan dan telefon bimbit.

Mohd Hakim Adli Norhazimin didakwa mencuri jam tangan jenama Rolex dan telefon bimbit iPhone 6 milik rakannya.

pg06_160509_mahkamah logo2

Fakta kes menyebut, tertuduh pergi ke rumah rakannya di STKRJ Kampung Tungku, dan mencuri jam tangan itu ketika ditinggalkan bersendirian di dalam bilik.

Ketika hendak pulang, tertuduh telah meminjam telefon iPhone 6 milik rakannya itu dan terus membawanya apabila rakan-rakannya yang lain datang untuk mengajak tertuduh pergi.