Remaja dirogol beberapa kali

Remaja dirogol beberapa kali

Oleh Arissa

 

LIMBANG, 27 Nov – Seorang remaja mendakwa dirogol beberapa kali oleh seorang lelaki dalam kejadian yang berlaku awal pagi Isnin lepas.

Dalam kejadian jam 3:17 pagi itu, mangsa, 17, dihubungi suspek yang mengajaknya keluar, walaupun pada mulanya mangsa menolak pelawaan tersebut, namun selepas dipujuk, bersetuju ke rumah suspek.

Selepas berbual dan menonton televisyen bersama, suspek kemudiannya mengajak mangsa tidur di biliknya.

Mangsa turut mendakwa dipeluk suspek sebelum disyaki dirogol beberapa kali sebelum dihantar pulang oleh suspek ke rumahnya. Laporan polis dibuat mangsa pada petang Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Limbang Superitenden Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan katanya kes masih dalam siasatan. “Mangsa sudah dirujuk ke hospital Miri untuk pemeriksaan perubatan dan kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,”ujarnya lagi.