Remaja ditangkap kerana jam, diundang ke Rumah Putih

Remaja ditangkap kerana jam, diundang ke Rumah Putih

CHICAGO, 17 Sept (AFP) – Seorang remaja Islam yang telah diberkas selepas seorang guru Texas menyangka jam buatannya sendiri adalah bom telah menerima jemputan ke Rumah Putih, Google dan Facebook semalam dengan sokongan awam meningkat buatnya.

Presiden Barack Obama memberikan ucap tahniah kepada Ahmed Mohamed, 14 tahun akan kemahirannya dalam mengeluarkan kata-kata pedas menegur sekolah dan pegawai-pegawai polis – yang mempertahankan penangkapannya – di tengah tuduhan prasangka terhadap Islam.

“Jam yang hebat, Ahmed. Mahu membawanya ke Rumah Putih? Kita boleh memberi dorongan kepada lebih ramai remaja seperti kamu untuk menyukai sains. Itu akan menjadikan Amerika hebat,” kata Obama melalui Twitter.

Gambar Mohamed berdiri dengan mengenakan baju kemeja T logo NASA agensi angkasa lepas AS dalam keadaan tangannya digari, telah dihantar semula dalam Twitter beribu-ribu kali dalam tempoh beberapa jam dan “#IStandWithAhmed” menjadi hashtag tersebar di Twitter.

Mohamed memberitahu Dallas Morning News dia mengharap dapat mengagumkan guru-guru dengan membawa jam itu ke sekolah Isnin lalu.

Ahmed Mohamed berdiri di samping ayahnya, Mohamed Elhassan Mohamed semasa sidang media di Irving Texas pada 16 September. – AFP
Ahmed Mohamed berdiri di samping ayahnya, Mohamed Elhassan Mohamed semasa sidang media di Irving Texas pada 16 September. – AFP

“Hobi saya ialah mencipta benda,” remaja itu berkata dalam video yang dihantar di laman sesawang akhbar itu, yang dirakam di bilik tidurnya yang penuh dengan elektronik.

“Saya telah membuat jam ini. Ia benar-benar mudah, saya mahu menunjukkan sesuatu yang kecil dahulu, mereka beranggapan salah, sebab itu saya diberkas kerana disangka bom olok-olok.”

Anak lelaki kepada penghijrah Sudan yang tinggal di pinggir bandar Dallas, Mohamed amat menyukai kelab robotik di sekolah menengah dan berharap menemui sesuatu yang serupa di Sekolah Tinggi MacArthur. Dia tidak mendapat reaksi yang diharapkannya apabila dia menunjukkan jam itu kepada guru kejuruteraannya.

Apabila bunyi penggera jam berbunyi di sebuah lagi kelas lain, guru itu memberitahunya ia nampak seperti bom dan merampasnya.

Pihak sekolah menghubungi pihak polis dan Mohammed dibawa pergi dengan tangannya digari di tengah kecurigaan dia ingin menakutkan orang ramai dengan alat itu.

ARTIKEL YANG SAMA