Remaja India mati dirogol dan dibakar

Remaja India mati dirogol dan dibakar

NEW DELHI, 9 Mac (AFP) – Seorang gadis India berusia 16 tahun yang dirogol dan kemudiannya dibakar di atas bumbung rumahnya telah meninggal dunia, kata polis hari ini, iaitu jenayah seksual yang terbaru di negara India.

Remaja itu, yang mengalami lebih daripada 90 peratus terbakar dalam serangan semalam, telah meninggal dunia di hospital hari ini, pegawai penyiasat memberitahu kepada AFP.

“Malangnya dia tidak dapat diselamatkan walaupun selepas pelbagai usaha telah dijalankan oleh kakitangan perubatan,” kata Ashwani Kumar.

“Kami telah menahan tertuduh yang berusia 19 tahun itu dan menghantarnya ke muka pengadilan.

“Siasatan itu adalah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai motif dan butiran terhadap jenayah yang dilakukan itu,” katanya.

Laporan media memetik ayah remaja itu sebagai berkata bahawa jiran di kampung mereka di negeri Uttar Pradesh telah mengganggu anak perempuannya selama setahun walaupun selepas beberapa amaran telah diberikan.

Geng rogol yang telah membawa maut seorang pelajar di dalam bas di Delhi pada 2012 lalu masih menjadi perhatian global yang menjadikan kebimbangan atas keganasan terhadap wanita.

Ia juga membawa kepada pembaharuan utama undang-undang rogol di India termasuk mempercepatkan perbicaraan dan meningkatkan hukuman bagi pesalah, tetapi jumlah yang tinggi terhadap serangan itu masih berterusan.

ARTIKEL YANG SAMA