Remaja kritik mendiang bekas PM mengaku tidak bersalah

Remaja kritik mendiang bekas PM mengaku tidak bersalah

SINGAPURA, 7 Mei (Reuters) – Seorang remaja Singapura mengaku tidak bersalah hari ini atas tuduhan menyebarkan imej-imej lucah dan menghina kumpulan agama, tetapi tidak dikehendaki membuat akuan tentang tuduhan gangguan atas ulasan yang dibuatnya mengenai mendiang bekas perdana menteri Lee Kuan Yew.

Amos Yee, 16 tahun, muncul dalam keadaan dibelenggu di Mahkamah Kerajaan Singapura selepas ditangkap pada Mac lalu kerana ulasan yang dibuatnya di media sosial tentang Lee, bapa pengasas Singapura moden, dan penganut-penganut Kristian selepas kematian Lee pada usia 91 tahun.

Kes Yee telah mencetuskan kebimbangan tentang penapisan dan kawalan sosial di pusat kewangan Asia itu dan telah mengundang kritikan dari aktivis hak asasi kemanusiaan.

Mahkamah penuh sesak termasuklah dengan kehadiran ibu bapanya, seorang kaunselor belia yang telah menawarkan untuk menjaminnya, dan Roy Ngerng, seorang lagi bloger Singapura yang terlibat dalam kes fitnah berasingan berkaitan memfitnah anak lelaki Lee, iaitu Perdana Menteri pada masa ini, Lee Hsien Loong.

Yee boleh berdepan dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun atas dakwaan menghina agama atau menyinggung perasaan kaum orang lain. Dia telah ditahan reman sejak jaminan ditetapkan minggu lalu pada nilai S$30,000.

Dia juga didakwa di bawah Akta Perlindungan dari Gangguan yang baru-baru ini digubal berhubung video di YouTube yang banyak ditonton yang mana dia meraikan kematian Lee, yang meninggal dunia pada Mac lalu.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memilih untuk tidak meneruskan dakwaan tersebut sehinggalah selepas dua tuduhan pertama diselesaikan. Ia sama ada akan memutuskan untuk meneruskan kemudian atau menggugurkan tuduhan sama sekali, menurut para peguam.

“Jika mereka meneruskannya, kami akan mengharungi,” Alfred Dodwell, salah seorang peguam Yee, berkata tentang tuduhan gangguan, yang boleh membawa hukuman denda sehingga $5,000. Yee ditampar di luar mahkamah minggu lalu ketika dia dalam perjalanan bagi menghadiri perbicaraan awal, dan seorang lelaki berusia 49 tahun kemudian diberkas.

ARTIKEL YANG SAMA